Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah beberapa kali kucuba dan terus mencuba..dapat balik buka blog yang dah 2 tahun berlalu..
yeah..setiap kali buka blog ni..setiap kali tu aku menitiskan air mata..kerana apa..terlalu banyak sangat benda yang ter-flashback.
terima kasih kepada mereka yang percaya diri aku terutama family, teacher, adik, akak ayoy, yang sentiasa pinjamkan bahu pinjamkan tangan untuk angkat aku tika aku jatuh bergolek kerana bisikan syaitan yang memasuki tubuh badan manusia.
nak tahu apa kisah sebenar berlaku sepanjang dua tahun aku berdiam diri ni? nantikan!!
aku tahu ramai kenalan yang tertanya..betulkah apa yang berlaku? betulkah aku macam tu? kenapa aku tak melawan?
sedara sedari..orang yang paling banyak buat dosa adalah orang yang paling banyak bercakap perkara sia2..dan aku letak keyakinan tinggi kat SANG PENCIPTA. awalnya memang aku kalah tapi dengan janji-NYA..hati aku rasa tenang.
selamat malam dunia..
Sunday, February 15, 2015
Saturday, March 2, 2013
Hilangnya Khalifah~
salam..saje nak update blog yang dah bersawang.. ^_^
hari ni 3 mac 2013 @ 3/3/2013..ramai orang kata nombor ni cantik..tapi tak semua yang cantik itu indah..3 Mac 1924 merupakan tarikh yang
amat membekas bagi dunia Islam. Bermula dari tarikh ini, umat Islam
secara rasmi telah kehilangan sebuah perisai yang selama ini melindung
umat Islam dan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, bermulalah
satu episod hitam bagi umat Islam seluruh dunia.
*nak bina Islam bukan main lama..tapi bila jatuh macam cempedak*
Maksud hadis:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]
Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah menjadi dalang di sebalik keruntuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924. Kemudian, British menghadiahkan si syaitan ini dengan pangkat presiden Turki pertama dan kononnya perlantikan beliau menjadi presiden Turki pertama merupakan titik tolak bermulanya 'Turki Moden'.
Hakikatnya, Turki bukanlah sebuah negara moden yang dicanang oleh media-media, tetapi Turki hanyalah sebuah negara yang mendokong ideologi kapitalis yang beraqidahkan aqidah sekular. Tertegaknya sebuah negara sekular Turki, maka sekularisme amat mudah dan cepat ditebarkan di muka bumi Allah semenjak jatuhnya Daulah Khilafah.
Semenjak peristiwa itu, umat Islam berada dalam zaman kuku besi, di mana umat Islam menjadi mangsa kekejaman golongan-golongan yang kuat menentang Islam. Buktinya, terlalu banyak umat Islam dibunuh beramai-ramai di seluruh seantero dunia.
Umat Islam bukan sahaja menderita akibat diseksa. Malah, umat Islam juga dibelit dengan masalah-masalah ekonomi, sosial, dan sebagainya. Umat Islam diterapkan dengan sistem riba, kemiskinan, kancah zina, dan sebagainya, akibat tiada Daulah Khilafah untuk menerapkan hukum-hakam Islam.
Umat Islam juga dibelenggu dengan masalah sekularisme. Lahir pula golongan-golongan yang menolak politik Islam dan hanya beriktikaf dan berzikir di dalam masjid, dan hanya menyeru umat Islam hanya untuk ke masjid. Ini merupakan suatu kekeliruan yang amat dahsyat sekali. Kerana mereka beranggapan bahawa hukum-hakam Islam itu akan kembali dengan amalan-amalan ritual sahaja. Walhal, Rasulullah SAW telah keluar berpolitik untuk menerapkan hukum-hakam Islam, dan bukan hanya beriktikaf di dalam masjid. Kekeliruan ini menyebabkan pemikiran umat Islam itu berada dalam keadaan yang amat mundur, sempit, dan kolot. Sedangkan Islam adalah sebuah cara kehidupan yang sempurna, di mana tiada suatu pun yang tertinggal sejak syariat Islam itu lengkap diturunkan, termasuklah cara membuang air kecil sehinggalah kepada memerintah dunia.
Melihat kejayaan Barat dalam meruntuhkan Daulah
Khilafah, maka kaum Barat akan cuba sedaya-upaya dengan cara apa
sekalipun supaya umat Islam itu sendiri yang menentang Daulah Khilafah.
Maka, mereka menerapkan semangat nasionalisme, agar umat Islam terus
berpecah-belah, di bawah naungan, sempadan, dan bendera nasional.
Selain daripada itu, mereka juga dengan sedaya-upaya menyorok hakikat Daulah Khilafah itu. Maka, umat Islam akan terus jahil tentang Daulah Khilafah. Maka, ada yang terkeliru dengan istilah-istilah seperti Khilafah, Khalifah, dan Khilafiyah. Ini baru sahaja bab istilah, belum lagi tentang batang tubuh Daulah Khilafah.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah, kerana ia adalah suatu kewajipan terhadap setiap muslim, sebagaimana wajibnya hukum solat! Sesungguhnya tertegaknya semula Daulah Khilafah itu pasti, pasti, dan pasti akan berlaku, kerana ia adalah janji Allah dan Rasul-Nya.

p/s: tahun ni sudah 89 tahun kita sibuk dah takde khalifah..apa peranan kita??
Saturday, January 26, 2013
~Jauh tapi Dekat~
bermula langkahku di situ pada februari..disitu aku mula mengenal apa itu Islam yang sebenar..disitu aku mula mengenal apa erti ukhuwwah..dan disitu aku mula mengenal apa itu TARBIYYAH~
disitu bi'ah (suasana) sangat berbeza dengan diluar sana..pada awalnya atas sebab bisikan jahiliyyah aku..aku berkeras tak nak kesana..tapi sekarang sudah jatuh chenta..atas sebab lontaran kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka.
kalau dulu di bangunan 2 tingkat..solatnya didewan yang kecil..makannya di kantin yang hanya berbumbungkan zink..tapi kini segalanya telah berlalu..solatnya selesa kerana terbinanya musolla..kantinnya luas..kelasnya selesa..kemudahan yang semakin hebat..
9 tahun masa berlalu..
disitu aku menangis..di situ aku tertawa..disitu aku jatuh..disitu aku aku bangkit..disitu aku kecewa..disitu aku berusaha..disitu tempatku mengadu..disitu tempat ku luah rasa..disitu aku dididik dan disitu aku mendidik..
sungguh..9 tahun hidup aku disitu sungguh tak terasa pantasnya masa berlalu..kini..aku harus mulakan langkah yang baharu..ditempat yang baharu..bersama pelajar-pelajar baharu..teman-teman baharu..
dengan izin Allah..segala pengalaman dan kenangan aku disitu akan ku iringkan ke tempat baharu sebagai kekuatan aku untuk meneruskan perjalananku..
YA..itulah sekolah yang sangat aku kasihi, cintai dan sayangi..SEKOLAH MENENGAH AL-AMIN BANGI..segala memori yang manis dan pahit akan aku ingat selalu..dan kenangan ini akan ku bawa ke tempat baruku SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH IPOH..
doakan moga berjaya disana..sentiasa akan merinduimu Al-Amin Bangi..
ucapan jazakumullah buat muallimah ain, muallimah rohida, muallimah marhamah, muallimah norlida, muallimah syikin, muallim hilmi, kak erin dan para murobbi, pelajar alamin sendiri, my junior yang dah menegah 5 sekarang *all the best for spm*, anak2 didik saya kerana sudi menerima kehadiran saya..tak lupa disekolah rendah..para muallim dan muallimah, kak dila, SQUAD ELIT,..pohon kemaafan jika ada kesilapan yang terbuat samada sedar ataupun tak..*maaf nama yang tak tersebut*
p/s: insyaallah..kalau ada benda2 nak tolong kat sekolah..bagitau..saya bersedia mengerah tenaga..kalau cuti la..hehe.. ^o^ ..JAUH DIMATA DEKAT DIHATI

*inilah bumi tarbiyyah tu*
*ini sekolah baharu..hidayah ipoh*
doakan moga berjaya disana..sentiasa akan merinduimu Al-Amin Bangi..
ucapan jazakumullah buat muallimah ain, muallimah rohida, muallimah marhamah, muallimah norlida, muallimah syikin, muallim hilmi, kak erin dan para murobbi, pelajar alamin sendiri, my junior yang dah menegah 5 sekarang *all the best for spm*, anak2 didik saya kerana sudi menerima kehadiran saya..tak lupa disekolah rendah..para muallim dan muallimah, kak dila, SQUAD ELIT,..pohon kemaafan jika ada kesilapan yang terbuat samada sedar ataupun tak..*maaf nama yang tak tersebut*
*al-amin sentiasa dihati*
p/s: insyaallah..kalau ada benda2 nak tolong kat sekolah..bagitau..saya bersedia mengerah tenaga..kalau cuti la..hehe.. ^o^ ..JAUH DIMATA DEKAT DIHATI
Labels:
dalam bilik..kat bangi,
tengah menangis..
Subscribe to:
Posts (Atom)