Showing posts with label dalam bilik..kat bangi. Show all posts
Showing posts with label dalam bilik..kat bangi. Show all posts

Thursday, April 16, 2015

Bertauliah

"skuad..senaaaang diri"
"satu!"

selesai berkawad selalu terdengar "athif tu ada pangkat tak?" "saya ada pangkat tau nak dibanding dengan athif tu".

saya kadang-kadang bingung tika itu. ilmu pada pangkat kah? setahu saya pangkat tu sebagai "lesen" untuk lakukan sesuatu. macam sijil dari universiti. kadang-kadang orang tinggi ilmu tak dapat kerja sebab tak ada sijil dari universiti.
*selingan je*

TAPI..

itu dulu la..

syukur Alhamdulillah kini aku ditauliah. kalau ikutkan aku tak nak pun pangkat ni. aku bantu mereka sebab minat aku. diajdikan cerita..seorang guru juga sahabat aku tawarkan diri untuk sponser aku ke Kursus Kenaikan Pangkat. terima kasih wa jazakumullahu khairan jaza' muallim hilmi yang paksa aku ke kursus. hahaha. pada pandangan aku, dia nampak kebolehan aku dan dia sambar aku dulu sebelum orang lain ambil.

Moga pangkat yang ditauliahkan kepada aku dan yang lain dapat dijalankan dengan sebaiknya.


team saya yang penuh bebelan..bangun pagi je gaduh..hahaha..

Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi. Saya lapor diri!!

Saturday, January 26, 2013

~Jauh tapi Dekat~

bermula langkahku di situ pada februari..disitu aku mula mengenal apa itu Islam yang sebenar..disitu aku mula mengenal apa erti ukhuwwah..dan disitu aku mula mengenal apa itu TARBIYYAH~

disitu bi'ah (suasana) sangat berbeza dengan diluar sana..pada awalnya atas sebab bisikan jahiliyyah aku..aku berkeras tak nak kesana..tapi sekarang sudah jatuh chenta..atas sebab lontaran kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka.

kalau dulu di bangunan 2 tingkat..solatnya didewan yang kecil..makannya di kantin yang hanya berbumbungkan zink..tapi kini segalanya telah berlalu..solatnya selesa kerana terbinanya musolla..kantinnya luas..kelasnya selesa..kemudahan yang semakin hebat..

9 tahun masa berlalu..
disitu aku menangis..di situ aku tertawa..disitu aku jatuh..disitu aku aku bangkit..disitu aku kecewa..disitu aku berusaha..disitu tempatku mengadu..disitu tempat ku luah rasa..disitu aku dididik dan disitu aku mendidik..

sungguh..9 tahun hidup aku disitu sungguh tak terasa pantasnya masa berlalu..kini..aku harus mulakan langkah yang baharu..ditempat yang baharu..bersama pelajar-pelajar baharu..teman-teman baharu..

dengan izin Allah..segala pengalaman dan kenangan aku disitu akan ku iringkan ke tempat baharu sebagai kekuatan aku untuk meneruskan perjalananku..

YA..itulah sekolah yang sangat aku kasihi, cintai dan sayangi..SEKOLAH MENENGAH AL-AMIN BANGI..segala memori yang manis dan pahit akan aku ingat selalu..dan kenangan ini akan ku bawa ke tempat baruku SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH IPOH..

 *inilah bumi tarbiyyah tu*
*ini sekolah baharu..hidayah ipoh*


doakan moga berjaya disana..sentiasa akan merinduimu Al-Amin Bangi..

ucapan jazakumullah buat muallimah ain, muallimah rohida, muallimah marhamah, muallimah norlida, muallimah syikin, muallim hilmi, kak erin dan para murobbi, pelajar alamin sendiri, my junior yang dah menegah 5 sekarang *all the best for spm*, anak2 didik saya kerana sudi menerima kehadiran saya..tak lupa disekolah rendah..para muallim dan muallimah, kak dila, SQUAD  ELIT,..pohon kemaafan jika ada kesilapan yang terbuat samada sedar ataupun tak..*maaf nama yang tak tersebut*

*al-amin sentiasa dihati*

p/s: insyaallah..kalau ada benda2 nak tolong kat sekolah..bagitau..saya bersedia mengerah tenaga..kalau cuti la..hehe.. ^o^ ..JAUH DIMATA DEKAT DIHATI

Saturday, December 18, 2010

jangan marah..be cool~

bismillah...
alhamdulillah..post kedua bulan ni..erm..tajuknya "jangan marah..be cool"
marah??syaitooon itu semua..bak kata dr fadilah kamsah "insan cemerlang tak marah2....."uish..tibe lak..sebenarnya ada hadis disebalik jangan marah ni..hadis soheh..apa hadisnya??

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang laki-laki
berkata kepada Nabi SAW: 'Berilah aku wasiat". Beliau menjawab,"engkau jangan marah". Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian nabi SAW bersabda: 'engkau jangan marah" (hadith sahih. HR Bukhari -6116).


Pada hakikat, marah tidak dilarang kerana merupakan perkara tabi'at dari perilaku kebiasaan manusia.
Marah yang dilarang adalah marah mengikuti emosi dan hawa nafsu yang pengaruhnya membawa kepada penyesalan.

Nabi SAW memerintahkan orang yang sedang marah untuk melakukan berbagai sebab yang dapat menahan dan meredakan amarah seseorang itu. Dan Beliau memuji orang yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah.

Di antara cara yang diajarkan Nabi SAW dalam merendam amarah adalah:

1. Mengucapkan:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Diriwayatkan dari Sulaiman bin Shurad r.a, ia berkata: "Kami sedang duduk bersama Nabi SAW tiba-tiba ada dua lelaki saling mencaci dihadapan Nabi SAW. Seorang darinya mencaci temannya sambil marah, wajahnya merah, urat lehernya menegang, maka Nabi SAW bersabda: "sungguh, aku mengetahui satu kalimat, jika ia mengucapkannya nescaya hilanglah darinya apa yang ada padanya(amarah). Seandainya ia mengucapkan,
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

(Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk(direjam))".
Para sahabat berkata,"tidakkah engkau mendengar apa yang dikatakan Rasulullah?" lelaki itu menjawab,"aku bukan orang gila". (Sahih. HR Bukhari 3282, Muslim 2610).

Firman Allah ,"..Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berindunglah kepada Allah. Sungguh , Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (al-A'raf:200)

2. Nabi SAW mengajarkan agar orang yang marah untuk duduk atau berbaring.

Dari Abu Dzarr r.a, Beliau SAW bersabda: "Apabila seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk; apabila amarah telah pergi darinya, (maka itu baik baginya) dan jika belum, hendaklah ia berbaring". (Sahih. HR Ahmad 152, Abu Dawud 4782).

3. Rasulullah SAW mengajarkan apabila seseorang marah, hendaklah ia diam.

Dari Ibnu Abas r.a, Sabda Nabi SAW, "Apabila seseorang dari kalian marah, hendaklah ia diam". (Sahih. HR Ahmad 239, Bukhari;adabul mufrad 245).

4. Nabi SAW menjelaskan tentang keutamaan orang yang dapat menahan amarahnya.

Dari Mu'adz bin Anas al-Juhani r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menahan amarah padahal ia mampu melakukannya, pada hari kiamat Allah S.T akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk, kemudian Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai". (Hasan. HR Ahmad 440, Abu Dawud 4777, at-Tirmidzi 2021 dan Ibnu Majah 4286)

apa yg dapat disimpulkan dari hadis-hadis tadi:
Orang yang marah hendaklah melakukan hal-hal berikut:

1. Berlindung kepada Allah dari godaan syaitan dengan membaca ta'awwudz.
2. Mengucapkan kalimat-kalimat yang baik, berzikir dan istighfar.
3. Hendaklah diam
4. Dianjurkan berwudhu' (ada riwayat tentang hal ini tetapi riwayatnya dhaif).
5. Merubah posisi, apabila marah dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk, dan apabila marah dalam keadaan duduk, hendaklah berbaring.
6. Jauhkan hal-hal yang membawa kepada kemarahan.
7. Berikan hak badan untuk beristirehat.
8. Ingatlah akibat buruk dari amarah.
9. Ingatlah keutamaan orang-orang yang dapat menahan amarahnya.

jadi, nak marah lagi ke??mesti la taknak an..an..
fikir2kan dan selamat beramal..^.^

Wallahu a'lam.

Tuesday, September 7, 2010

ramadan berakhir..sukakah kita??atau sebaliknya??

salam semua..
salam 29 ramadhan..


Disaat entri ini ditulis, ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa satu/dua hari sahaja lagi (eh, dah nak abes ke??). Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain

apa yang bagus sangat ramdhan ni ek??

Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.

Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

ingin aku sendiri nak pesan untuk diri sendiri dan pembaca2 blog aku..INGAT tau..kalau tak taknak kawan (ouh tibe lak)..hehe


-Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.

-Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.

-Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.

-Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.

-Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.

-Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.

-Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.

Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin

Hadith Rasulullah SAW:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-

pesanan aku untuk ramadhan: aku tau walaupun kita berjumpa hanya sebulan tapi janji yek jangan lupakan aku..dah banyak aku belajar erti kehidupan dari kau..aku sedeyh nak tinggalkan kau ni..tapi nak buat camnekan..setiap permulaan kompem ade noktah..kalau ada rezeki Insyaallah kita jumpa next year..ok lah..tak lame lagi aku nak pergi tempat konvokesyen kamu, Syawal.. see ya..muah..muah..muah..

p/s: salam eidul fitri minal aidil wal faizin..kullu a'm wa antum bikhair..maaf zahir batin yerk kpd semua yg mengenali aku..