Thursday, September 6, 2012

Sia2 Je Aku Buat Baik!!

bangun pagi terus idea datang..
salam alaik kepada pengunjung semua..
lama tak update..
Sedikit perkongsian berbentuk cerita..cerita ni ayah saya telah berkongsi masa saya kecik2 dulu..apa yang diceritakan?? sila2 lah baca sampai habis...


Ada seorang anak berusia dalam 11 tahun..nama dia firdaus. Sangat aktif bersukan terutama dalam main bola sepak. Dia juga sangat rajin membaca alquran. Dia tinggal di sbuah rumah yang ada serombong api bersama keluarganya di eropah sebab ibunya sambung belajar disana. Tiba2 suatu malam selepas firdaus membaca alquran dia tanya ayahnya:

Firdaus: ayah, saya nak tanya. Setiap hari saya baca quran tapi langsung tak faham makna. Macam sia2 je baca. Apa kelebihan baca quran tapi tak faham langsung ayah?

Ayah: eh.tak baik kata macam tu. Ok, macamni lah. Sekarang ni ayah nak firdaus pergi ambil raga yang berisi arang tu dan keluarkan arang tu letak dekat tepi serombong asap. Lepas tu ayah nak firdaus pergi dalam dekat tasik belakang rumah kemudian isi air dan bawak datang dekat ayah.
Firdaus: ok..saya pergi buat.

Selepas mengisi air kedalam raga sepenuh penuhnya firdaus terus bawa ke rumah. Tetapi bila tiba dirumah air dalam raga itu kosong akibat terdapat lubang2 yang ada di raga tersebut. Firdaus mencuba kali kedua dan kali ketiga tetapi benda sama yang berlaku. Lalu firdaus berjumpa dengan ayahnya..

Firdaus: ayah..saya penatlah. saya isi air penuh tapi bila sampai rumah raga tu kosong. Raga kan ada lubang. Macam sia2 je.
Ayah: ala..kesiannya. begini anakku. Ayah nak tanya. Tadi raga tu kotor sebab bekas2 arang tadikan?
Firdaus: ye.tadi kotor sangat ayah.
Ayah: sekarang dah bersih kan raga tu?
Firdaus: ye.tapi apa kaitan dengan saya baca alquran?
Ayah: bagus. Mari sini ayah terangkan. Begini anakku. Tadi firdaus kata macam sia2 je baca quran tapi tak faham kan? Kemudian tadi masa ayah suruh ambilair pun firdaus kata sia2 tapi tengok hasilnya. Raga tu dah bersih kan? Macam tu juga dalam kita baca quran. Walau kita tak faham tapi alquran tu sebagai pembersih hati kita.
Firdaus: Ooo..macam tu rupanya.
Ayah: Jangan rasa sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu sia2. Mesti ada baiknya.faham?
Firdaus: Faham ayah. Terima kasih ayah ajar saya. Sayang ayah!!
~~~~~TAMAT~~~~~

P/s: ramadhan yang kita penuhi dengan tadarus alquran selama ini telah pergi. Adakah kita terus istiqomah dalam melakukannya dalam bulan syawal dan seterusnya? Jangan jadi hamba kepada bulan ramadhan tapi jadilah hamba kepada Allah. Salam eidul fitri semua!