Blinking Domo

Saturday, February 4, 2012

Rindunya Nabi Terhadap Kita

Salam Maulid Rasul S.A.W..

Selawat dan salam keatasnya..hari ini adalah detik bersejarah bagi kaum muslimin seluruh dunia untuk menyambut hari kelahiran orang yang paling mulia yakni Nabi Muhammad S.A.W

Soalnya...

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


p/s: moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca..wallahu a'alam..

Thursday, December 1, 2011

KeNaNgAn BeRsAmA




kali ni takde apa yang mau dikisahkan..
cuma...
kenangan aku bersama rakan sekerja (kerja time cuti sem)..
banyak yang dapat aku kongsikan bersama..
masam manis kami kongsikan bersama..
seronok dapat kenal dengan mereka..
berfutsal sama2..camping sama2..bekerja sama2..

kami dah macam keluarga duduk dalam bilik tu..

gelak tawa..gaduh2 manja..semua tu jadi kenanganku..
dan aku sangat berharap ukhuwah kami itu teroutus ditengah jalan..

here's...them!!


muallim syamsul adzuri
(banyak bantu masalah kami..kagum dengan sifat beliau)



muallim zulkifli..otai al-amin ni
(paling banyak majukan sekolah dari segi koku)

dan..inilah kami..



dari kiri: muallim imad, me, muallim mat naim (ayah dalam bilik kami), muallim fadli, muallim muhaimin (eh..dah kawin dah kawan kita ni), muallim zulhafifi dan muallim akmal..
muallim amnan..banyak jasa dia kat unit beruniform sekolah (tegok rambut la)..

eh2..jap..rasa macam hilang sorang la..hemh...



muallim afiq..dia paling ambil berat pasal aku..(yang lain pun ambil berat jugak)

yang ni kenangan bersama muallim hani..hari akhir dia kat sekolah..
(senanye nak masuk gambar muallim hafiz)


ok..itu rasanya yang nak dikongsikan..doakan mereka kekal di al-amin sehingga akhir hayat..

Monday, October 31, 2011

Hujan Oh Hujan~

tengah2 hujan ni tiba terlintas nak tulis mengenai hujan..orang kata betul ke doa paling mustajab adalah ketika hujan..ya..tepat sekali..doanya:

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا.

“ Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).”

(HR Bukhari)


bukan tu je..kalau rasa hujan tu lebat sangat dan membawa bahaya kepada kita, insyaAllah boleh amalkan doa ni supaya diberhentikan hujan:

اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اَللَّهُمَّ عَلَى اْلآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.”

(HR Bukhari dan Muslim)


aik..hujan dah berhenti??juga ada doanya..(hebatkan Islam)

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ


“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.”
(HR Muslim dan Fathul Bari)


mak aih..kilat??halilintar..subhanallah..kena baca doa kalau camni..

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ.

“Maha Suci Allah yang halilintar bertasbih dengan memujiNya, begitu juga para malaikat, karena takut kepadaNya.”
(Al-Muwaththa)

itu je sekadar perkongian..eh,hujan dah berhenti la pulak..takpe2..boleh amal lain kali..