Wednesday, January 2, 2013

Terus Melangkah!!

Bismillah..
salam alaikum kepada pengunjung semua..setelah berkulat dan bersawang blog ni akhirnya dah repair sikit dan insyallah penulis akan terus menulis untuk kali ini..

dah masuk hari ketiga 2013 memperkenalkan dirinya..yang anak2 pula ada yang dah kembali kesekolah..begitu juga dengan ibu bapanya..bermula tahun sibuk mereka..menjadi rutin siapkan sarapan anak2..pakaian mereka..dan ada pula yang menghantar mereka ke sekolah. hebatnya kasih ibu bapa ni *kriikk kriikk*.. dan tahun ini juga manusia berlumba-lumba mencipta azam baru meskipun ada yang tak tercapai azam mereka pada tahun lepas.. *kriikk kriikk lagi sekali*. ada yang kata nak belajar lebih rajin..nak jadi anak yang disayangi..nak jadi pelajar contoh..nak jadi pekerja cemerlang..nak ada crush kawan baharu..macam2 lagi lah kan..stendet manusia~

*arrhh..kiamat tunda 2013*  
kata2 manusia yang tak beriman

jadi..apa pun azam murni kita..pastikan ia tak bertendang bertentang dengan syara'. dan jadikan tahun 2012 untuk kita memandu diri kita untuk terus melangkah dan melangkah di highway ini..jangan sampai terkena perangkap had laju..jadikan tahun ini lebih terbaik dari tahun sebelum ini..sabda Baginda "sesiapa yg lebih baik dari semalam maka dia orang yg beruntung. sesiapa yg sama sahaja seperti semalam maka dia orang yg rugi" *air peluh menitik*

p/s: apa azam anda? mampu tingkatkan iman kah? *lap peluh*