Thursday, April 16, 2015

Bertauliah

"skuad..senaaaang diri"
"satu!"

selesai berkawad selalu terdengar "athif tu ada pangkat tak?" "saya ada pangkat tau nak dibanding dengan athif tu".

saya kadang-kadang bingung tika itu. ilmu pada pangkat kah? setahu saya pangkat tu sebagai "lesen" untuk lakukan sesuatu. macam sijil dari universiti. kadang-kadang orang tinggi ilmu tak dapat kerja sebab tak ada sijil dari universiti.
*selingan je*

TAPI..

itu dulu la..

syukur Alhamdulillah kini aku ditauliah. kalau ikutkan aku tak nak pun pangkat ni. aku bantu mereka sebab minat aku. diajdikan cerita..seorang guru juga sahabat aku tawarkan diri untuk sponser aku ke Kursus Kenaikan Pangkat. terima kasih wa jazakumullahu khairan jaza' muallim hilmi yang paksa aku ke kursus. hahaha. pada pandangan aku, dia nampak kebolehan aku dan dia sambar aku dulu sebelum orang lain ambil.

Moga pangkat yang ditauliahkan kepada aku dan yang lain dapat dijalankan dengan sebaiknya.


team saya yang penuh bebelan..bangun pagi je gaduh..hahaha..

Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi. Saya lapor diri!!

Sunday, February 15, 2015

Kau tak BERHATI PERUT (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah beberapa kali kucuba dan terus mencuba..dapat balik buka blog yang dah 2 tahun berlalu..
yeah..setiap kali buka blog ni..setiap kali tu aku menitiskan air mata..kerana apa..terlalu banyak sangat benda yang ter-flashback.

terima kasih kepada mereka yang percaya diri aku terutama family, teacher, adik, akak ayoy, yang sentiasa pinjamkan bahu pinjamkan tangan untuk angkat aku tika aku jatuh bergolek kerana bisikan syaitan yang memasuki tubuh badan manusia.

nak tahu apa kisah sebenar berlaku sepanjang dua tahun aku berdiam diri ni? nantikan!!

aku tahu ramai kenalan yang tertanya..betulkah apa yang berlaku? betulkah aku macam tu? kenapa aku tak melawan?

sedara sedari..orang yang paling banyak buat dosa adalah orang yang paling banyak bercakap perkara sia2..dan aku letak keyakinan tinggi kat SANG PENCIPTA. awalnya memang aku kalah tapi dengan janji-NYA..hati aku rasa tenang.

selamat malam dunia..

Saturday, March 2, 2013

Hilangnya Khalifah~

salam..saje nak update blog yang dah bersawang.. ^_^
hari ni 3 mac 2013 @ 3/3/2013..ramai orang kata nombor ni cantik..tapi tak semua yang cantik itu indah..3 Mac 1924 merupakan tarikh yang amat membekas bagi dunia Islam. Bermula dari tarikh ini, umat Islam secara rasmi telah kehilangan sebuah perisai yang selama ini melindung umat Islam dan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, bermulalah satu episod hitam bagi umat Islam seluruh dunia.

*nak bina Islam bukan main lama..tapi bila jatuh macam cempedak*


Maksud hadis:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah menjadi dalang di sebalik keruntuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924. Kemudian, British menghadiahkan si syaitan ini dengan pangkat presiden Turki pertama dan kononnya perlantikan beliau menjadi presiden Turki pertama merupakan titik tolak bermulanya 'Turki Moden'.

Hakikatnya, Turki bukanlah sebuah negara moden yang dicanang oleh media-media, tetapi Turki hanyalah sebuah negara yang mendokong ideologi kapitalis yang beraqidahkan aqidah sekular. Tertegaknya sebuah negara sekular Turki, maka sekularisme amat mudah dan cepat ditebarkan di muka bumi Allah semenjak jatuhnya Daulah Khilafah.

Semenjak peristiwa itu, umat Islam berada dalam zaman kuku besi, di mana umat Islam menjadi mangsa kekejaman golongan-golongan yang kuat menentang Islam. Buktinya, terlalu banyak umat Islam dibunuh beramai-ramai di seluruh seantero dunia.

Umat Islam bukan sahaja menderita akibat diseksa. Malah, umat Islam juga dibelit dengan masalah-masalah ekonomi, sosial, dan sebagainya. Umat Islam diterapkan dengan sistem riba, kemiskinan, kancah zina, dan sebagainya, akibat tiada Daulah Khilafah untuk menerapkan hukum-hakam Islam.

Umat Islam juga dibelenggu dengan masalah sekularisme. Lahir pula golongan-golongan yang menolak politik Islam dan hanya beriktikaf dan berzikir di dalam masjid, dan hanya menyeru umat Islam hanya untuk ke masjid. Ini merupakan suatu kekeliruan yang amat dahsyat sekali. Kerana mereka beranggapan bahawa hukum-hakam Islam itu akan kembali dengan amalan-amalan ritual sahaja. Walhal, Rasulullah SAW telah keluar berpolitik untuk menerapkan hukum-hakam Islam, dan bukan hanya beriktikaf di dalam masjid. Kekeliruan ini menyebabkan pemikiran umat Islam itu berada dalam keadaan yang amat mundur, sempit, dan kolot. Sedangkan Islam adalah sebuah cara kehidupan yang sempurna, di mana tiada suatu pun yang tertinggal sejak syariat Islam itu lengkap diturunkan, termasuklah cara membuang air kecil sehinggalah kepada memerintah dunia.

Melihat kejayaan Barat dalam meruntuhkan Daulah Khilafah, maka kaum Barat akan cuba sedaya-upaya dengan cara apa sekalipun supaya umat Islam itu sendiri yang menentang Daulah Khilafah. Maka, mereka menerapkan semangat nasionalisme, agar umat Islam terus berpecah-belah, di bawah naungan, sempadan, dan bendera nasional.

Selain daripada itu, mereka juga dengan sedaya-upaya menyorok hakikat Daulah Khilafah itu. Maka, umat Islam akan terus jahil tentang Daulah Khilafah. Maka, ada yang terkeliru dengan istilah-istilah seperti Khilafah, Khalifah, dan Khilafiyah. Ini baru sahaja bab istilah, belum lagi tentang batang tubuh Daulah Khilafah.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah, kerana ia adalah suatu kewajipan terhadap setiap muslim, sebagaimana wajibnya hukum solat! Sesungguhnya tertegaknya semula Daulah Khilafah itu pasti, pasti, dan pasti akan berlaku, kerana ia adalah janji Allah dan Rasul-Nya.

p/s: tahun ni sudah 89 tahun kita sibuk dah takde khalifah..apa peranan kita??