Wednesday, November 11, 2015

SWEETHEART MUALLIM!

Januari 2010.

Detik permulaan perkenalan kami. Tahun pertama merasai menjadi seorang guru meskipun seorang guru hafazan setelah tamat alam persekolahan sementara menanti keputusan untuk menyambung pelajaran.


1 Aisyah aku ditempatkan. Berdebar rasanya. Bagaimana agaknya dengan tiada pengalaman terus berhadapan dengan si anak kecil.

comel je

kanak-kanak riang

hyper

4 bulan terus berlalu. tamat perkhidmatan aku sebagai guru hafazan untuk mereka. Terasa sedikit sebak bila nak tinggalkan mereka. Anak yang suci dari dosa..

last day

Hari demi hari..bulan berganti bulan..dan tahun berganti tahun masa terus berlalu. Tak sangka tiga tahun kemudian kami bertemu kembali. Tapi kali ini bukan sebagai guru hafazan lagi tapi guru kelas. 4 ALI. Ya, itulah kelas aku. Kelas yang sangat riang. Setiap fi'il mereka mengajar aku sesuatu. Sabar, kreatif, semangat dan macam-macam lagi. Selama 7 bulan bersama mereka pada tahun tersebut bermula Mei hingga November. Dan seperti orang selalu kata. Setiap PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN. Dan sekali lagi kami dipisahkan atas sebab tertentu.

PERTAH 2013
 

Namun, sepanjang tahun 2014 aku tidak pernah "lost contact" dengan mereka. Aku tetap bersama mereka jika berkesempatan terutama bila ada aktiviti TKRS. Rasa penat dan stress sebab sibuk selalu aku ketepikan sebab aku rasa bila dapat berjumpa mereka akan hilang semua itu. Anak murid ni ibarat penawar bagi seorang guru bila dapat berjumpa.

latihan Flashmob

Solat hajat UPSR

bermulanya team Flashmob mereka

Masa terus berlalu, kini 2015 tahun yang sangat dinantikan oleh aku walau tahun ni aku lebih banyak fokus kepada aktiviti sekolah menengah. Macam-macam perasaan bermain dalam kepala. Sedih, gembira, sebak, runsing..erghh..macam-macam lagi lah. Yelah kan. tahun akhir alam sekolah rendah. UPSR nya lagi..kemudian  tah akan dapat jumpa lagi atau tak lepas ni. Dalam kepala dah nekad, setiap aktiviti mereka aku nak join..nak luangkan masa habis-habisan. Biarlah tak bergaji pun..biarlah penat yang penting puas.


mahsquad

gurls

boys

us

tangkap apetu?

Tah macamana rancangan Allah itu paling terbaik, aku dapat habiskan saat-saat akhir bersama mereka pada aktiviti-aktiviti di hujung tahun ni. Dapat lawatan bersama mereka yang paling best!!

Sungguh, 6 tahun bersama rasa macam sangat sekejap. Buat anak-anak muallim yang tersayang...bila antum dan antunna melangkah ke alam seterusnya, mohon jaga diri. Cabaran lebih hebat. Satu pesanan dari Muallim Luqman "JAGA SOLAT". Kita tak lupa Allah, Allah takkan lupa kat kita. And for me, carilah redha ALLAH. Hormat Ibu Bapa, Guru dan taat perintah Allah.

Dan last sekali, sungguh Muallim tak malu untuk katakan yang muallim SAYANG SEMUA!! MOGA KITA SAMA-SAMA KESYURGA. LUV U'LL.