salam 15 ramadan..
final exam..puasa..fuh, penat kot..(aip, jgn merungut athif)..so, tudung?? apsl tudung ek??
"kau kan laki tip, yg kau nk bantai citer pasal hal pompuan nape??"
"disebabkan aku laki lah aku kena amek berat pasal pompuan sebab mereka nilah yg akan jd peneman hidup seorang laki"
"so, ape kaitan dengan tudung??"
"kau nk kau, bini kau dan anak pompuan kau sekali masuk neraka??"
"xpaham??"
"ape la kau ni..so, meh sini aku terangkan..."
Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.
Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.
1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan jilbab ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)
2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.
Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.
"kau da paham nape aku citer pasal tudung??"
"ouh, camtu rupenye..err..kalau aku suro pakai tudung saji leh x??"
"eh2, die ni..sekali aku *teng karang..da2, pukol 12 lebih dah ni..pi tidoq..salam alaikum"
"alaikum salam"
Wednesday, August 25, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Kaulah yang salah
salam alaik..salam blogger
fuh, setelah berbulan2 membiarkan blog ni berlabah2..kini aku kembali. maklumlah, sejak jadi pelajar ipt ni sebok sket, lagi2 bulan ni musim mid-term dan bulan depan dah final,puasa??hah..puasa??dah ganti ke tahun lepas punye bg sape2 yg blm ganti??cpt2 lah yer..jadi apa yg nak dikisahkan disini ialah "salah siapa"??salah siapa ni mengisahkan perjalanan hidup seorang manusia sejak kecil sehingga.....abes citer ni la..aduyai!!..semoga amek pengajaran dr kisah ni..layan~
bermulalah kisah seorang anak yg dilahirkan cukup sifat. di tambah lagi mempunyai keluarga yang cukup berada..(mmg pakej la ni)..nama yg diberikan abdul karim..sejak kecil dia mndapat kasih sayang yg secukupnya..di tambah lagi dengan didikan tarbiyyah yang dipelajari sejak di bangku sekolah rendah lagi..ilmu islamiyyah semua dia belajarlah..aqidah, fegah, tauhid dan sbgnya..tidak cukup dengan itu, dia mempunyai satu kumpulan yg di panggil usrah (kan dah cakap, pakej punya!!)..di sebabkan dia ni pakej, jadi mcm2 jawatn dia pegang sehingga byk perubahan yg dilakukan..masa kian berlalu,kini dia menyambung pelajarannya ke sebuah ipt luar negeri..setelah ber-bulan belajar di tempat org, tiba2 di suatu malam dia mendapat pggilan dari kawan lamanya di sekolah rendah..
Karim: hellllllloooo..
zack: astaghfirullah..assalamualaikum..
K: erkk..walaikum salam..
Z: kau ni..kemana perginya sifat2 yg di latih kat sekolah dulu..time zaman sekolah dulu bukan main soleh wa musleh..
K: maafla, terlupe td..hehe
Z: terlupa??hish..er, mlm ni kau free x??
K: erm, free lps isya'. nape??
Z: ha, bagus..jom futsal..
K gerak lu..hahaha..kat mane??
Z: tmpt bese la..
K: wooookeeeyhh..opss..insyaallah..
Z: ish..ape la kau ni..mcm2..k2, jumpe nnti..assalamualaikum
K: bye..eh2, waalaikumsalam..
di pendekkan cerita, bermulalah futsal mereka..beradu tenaga..masing2 keluarkan skill..dan di takdirkan zack terseliuh..maka di rehatkan di luar court.."eh2, xpe2..korang teruskan je..sakit siket je ni"..
tak di sangka, zack duduk di sebelah hp karim..tidak lama kemudian satu mesej masuk yg tertulis "from: sayaaaaang"..dibiarkan hp itu sebab dlm fikiran zack itu adalah mak dia sebab zack sendiri letak nama sebegitu utk ibunya..tidak sampai 2 miniit hp itu bergetar lagi tp kali ni panggilan pula dr org yg sama..di biarkan hp tu ber-kali2 di call.."aik, x smpai 2 minit dah call pulakk..lain macam je ni..byk kali pulak tu" hati zack berbisik..tiba2 hati zack terdetik utk melihat kandungan mesej itu..ditekan butang "read"..papsaran teks keluar dan alangkah terkejut perasaan zack melihat kandungan itu yg tertulis "sayang, rindu la kat sayang!!"..terasa ingin melontarkan hp tu ke lantai..tp apakan dayanya, ia bukan hak miliknya..segera zack beristighfar dan berselawat berkali2..
sudah ber-minggu2 kejadian malam tu berlaku..tapi masih melekat dalam ingatan zack.. "apa sudah jadi dengan karim??dulu dia seorang yg disegani, tegas, tak suka benda2 yg merosakkan imannya..tp sekarang kenapa??" setelah lama termenung lagi sekali hati zack menyatakan " adakah silap aku..tidak menegurnya pada malam itu??astaghfirullah..astaghfirullah..salah aku ke Ya Allah" *tamat*
jadi, salah siapa??fikir dan renungkan se-dalam2nya..kita muhasabah diri kita sama2.. semoga kita tsbat di atas jalannya.."ya tuhan kami, jangan kau pesongkan hati2 kami setelah kau meberi hidayah kepada kami"..na'uzubillah..

Sunday, February 28, 2010
akan di padam
salam..blog ini akan di padam buat selama-lamanya dalam masa terdekat atas beberapa perkara yang membuatkan penulis tak sng hati..
bagi sesiapa yg ade link blog ni, boleh la delete yer sbb klau search pon xkan jumpe da..
wallahu a'lam..
bagi sesiapa yg ade link blog ni, boleh la delete yer sbb klau search pon xkan jumpe da..
wallahu a'lam..
Subscribe to:
Posts (Atom)