Salam Satu Aqidah..
wahlau..sudah lama tidak menghapdet blog ni..dah bersarang tikus agaknya..maklum la..semenjak kembali menjadi mahasiswa selalu berdepan dengan assignment..buku..haha..nway, disebabkan tengah ada ruang kosong*background muzik kosong by najwa latif* saya ambil kesempatan untuk kongsi sikit aci tak aci ni..so..nak tanya anda..aci tak?? apa yang aci?? adakah aci2 buka pintu..*ok dah merepek*. tapi untuk kali ni just kopipaste je..tak sempat nak mengerah kepala akal ni..huhu..pape un jom kita fikirkan aci ke tak..
wahlau..sudah lama tidak menghapdet blog ni..dah bersarang tikus agaknya..maklum la..semenjak kembali menjadi mahasiswa selalu berdepan dengan assignment..buku..haha..nway, disebabkan tengah ada ruang kosong
Mana Yang Sama?
“Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan
tak boleh,” keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak
memakai baju berlengan pendek ketika keluar rumah.
“Mana adil! Orang perempuan boleh enjoy duduk rumah,” rungut hati seorang
remaja lelaki apabila ayahnya mengajak ke masjid.
Adakah lelaki dan perempuan sama?
Ada yang sama. Ada yang berbeza.
Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.
Antara aspek yang sama ialah dari
segi nilai kemanusian. Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah manusia. Perlu
dilayan sebagai seorang manusia. Bukan
dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan. Atau dipandang seperti
malaikat yang perlu sempurna dan tiada dosa.
Seterusnya aspek bertanggung jawab
terhadap dosa dan pahala sendiri, sama sahaja antara lelaki dan perempuan.
Lelaki yang mencuri perlu dihukum. Begitu juga perempuan yang mencuri.
Perempuan yang berzina perlu dihukum. Begitu juga lelaki yang berzina.
Kedua-dua lelaki dan perempuan akan balik berjumpa Allah dan disoal amalan masing-masing.
Bukan lelaki sahaja yang akan disoal. Bukan juga perempuan sahaja yang akan
disumbat ke neraka.
Mana Yang Berbeza?
Antara aspek yang berbeza pula
ialah dari segi beberapa tuntutan peranan. Ada pengkhususan masing-masing. Ada
pembahagian tugas oleh Allah SWT. Contohnya, tuntutan berpenampilan. Wanita
mesti menampakkan kewanitaannya. Lelaki mesti menampakkan kelelakiannya. Oleh
sebab itu, hal berpakaian, berdandan atau menggunakan perhiasan, tidak sama
antara lelaki dan perempuan.
Wanita dan lelaki saling
memerlukan. Masing-masing ibarat baju dan seluar. Isu-isu wanita perlu diambil
berat oleh lelaki seakan-akan mengambil berat terhadap seluarnya sendiri.
Isu-isu lelaki perlu diambil berat oleh wanita seakan-akan mengambil berat
terhadap bajunya sendiri. Jika konsep dan kedudukan wanita misalnya, tidak dimengerti
oleh golongan lelaki, ia akan menatijahkan ketempangan pemahaman dan persepsi.
Sukar untuk saling kuat-menguatkan apabila diterjah banyak prasangka tanpa ilmu
yang benar.
“Apalah perempuan ini pakai tudung
berwarna-warni. Ini tabarruj,” sangka lelaki tanpa asas ilmu yang jelas tentang
maksud tabarruj. Banyak khilaf mengenainya. Ulama bermanhaj pertengahan
mentakrifkan ‘tabarruj’ ialah sengaja mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup.
“Lelaki ini tidak pakai jubah,
tidak mengikut sunnah,” bisik hati seorang perempuan tanpa asas ilmu yang jelas
tentang konsep berpakaian mengikut sunnah. Pakaian yang ditunjukkan oleh sunnah
ialah pakaian yang prinsipnya menutup aurat, perlaksanaannya fleksibel mengikut
uruf atau adat yang pelbagai.
Apabila Salah
Persepsi
Tuduh-menuduh, label-melabel, hukum-menghukum
seumpama ini senang disaksikan terutamanya di alam maya. Tidak kira oleh
golongan remaja atau dewasa. Semuanya berpunca daripada salah persepsi. Atau
menganggap orang lain faham seperti yang kita faham. Apa yang kita faham itu
pula boleh jadi banyak tafsiran dan penjelasannya, bukan hanya ada satu maksud
sahaja.
Tatkala lelaki dan perempuan saling
memiliki persepsi yang berbeza tentang kedudukan, peranan, dan tanggung jawab,
mereka jadi sukar serasi dalam pelbagai urusan termasuklah urusan berumah
tangga, kegiatan kemasyarakatan, kenegaraan dan pelbagai bentuk dakwah secara
umum.
“Anak perempuan perlu duduk rumah
saja,” tegas seorang ayah.
“Tapi Islam benarkan wanita
menuntut ilmu. Saya ingin belajar hingga Ph. D,” rayu anak gadis remajanya.
“Anak wajib taatkan ayah!” Si ayah menzip mulut anak gadis dengan kuasa
vetonya.
Persepsi yang benar dan komunikasi
berkesan dapat menyelesaiaan masalah seumpama ini. Wacana yang pertengahan
sering kali mampu mendamaikan banyak sengketa dalam isu-isu wanita tatkala
berhadapan dengan perbezaan pendapat.
Orientasi kemudahan menjadi watak
syariat Islam secara keseluruhan. Berbahagialah ayah yang memudahkan anaknya.
Berbahagialah anak yang memudahkan ayahnya.
Isu Purdah
“Sekarang ramai lelaki fasik. Wanita
yang tidak pakai purdah sengaja nak pamer-pamerkan kecantikan,” lontar satu
pendapat.
Pendapat lain pula mengatakan, “Wanita
dibolehkan membuka muka dan tapak tangan. Jika ada lelaki tergoda, lelaki itu
yang perlu menundukan pandangannya. Bukan wanita itu yang diwajibkan mengenakan
purdah. Kecantikan wanita subjektif. Setiap pandangan mempunyai tafsiran
berbeza. Islam menyuruh wanita menutup aurat tapi bukan dengan cara yang boleh
menyusahkannya.”
Berpurdah itu suatu pakaian yang
baik dan menutup aurat. Oleh sebab kita perlu memilih antara yang baik dengan
yang terbaik, penulis lebih selesa mengambil pandangan golongan yang
mempertimbangkan pelbagai perkembangan realiti zaman ini. Ia sangat berbeza
dengan realiti pada zaman kenabian. Contohnya, dulu wanita bermusafir dengan
unta tapi hari wanita bermusafir dengan kapal terbang.
Penulis raikan pendapat yang
berbeza ini. Mana yang perlu dipilih? Pendapat kedua bagi penulis lebih jelas
hujah syar’iyahnya dan lebih realistik. Syariat Islam tidak berorientasikan
kesulitan pada konsep dan aplikasinya kerana ia tidak cucuk dengan misi besar
kehadiran Islam sebagai rahmat bagi semester alam. Penulis tetap akui, setiap
pilihan ini insya-Allah masih tetap dalam daerah pahala.
Pilihlah Pandangan
Yang Mudah
Para ulama Islam sejak dahulu
sehingga sekarang mempunyai banyak pandangan terhadap isu-isu lelaki dan
perempuan. Kita pula harus memilih. Penulis lebih tenang memilih pendapat yang
moderat, sebagaimana orientasi syariat Islam yang menganjurkan umatnya
mengambil yang mudah, bukan yang susah.
Firman Allah SWT, “Allah mengkehendaki
kemudahan bagimu dan Dia tidak mengkehendaki kesulitan bagimu.” (Al-Baqarah:
185).
Allah juga memujuk rasa-rasa hati
kita dengan kata-Nya,
“Dan Dia sekali-kali tidak
menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
Ada pendapat yang membincangkan
tentang keterlibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan.
“Tempat wanita di rumah. Kami ada
dalil al-Quran. Wilayah wanita hanyalah untuk domestik kekeluargaan sahaja. Wanita
jangan muncul di media, TV dan radio kerana ia samalah dengan wanita
berpeleseran di mana-mana,” lontar satu pendapat.
Pendapat ini membuatkan
remaja-remaja wanita dan anak-anak gadis di IPT keliru tentang masa depannya.
Perlukah kami belajar sehabis baik sedangkan kami hanya perlu menggunakan ilmu
rumah tangga sahaja untuk masa depan kami? Perlukah kami menyambung pelajaran
hingga ke peringkat tertinggi?
Mungkin pendapat kedua ini ada
jawapannya.
“Wanita sejak zaman Rasul
dibolehkan keluar dari rumahnya selama ada keperluan yang makruf dan aman dari
fitnah. Kenapa kita bersangka buruk wanita yang muncul dalam media itu sebagai
sedang berpeleseran? Padahal kita boleh bersangka baik bahawa dia sedang
menunaikan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Dakwah itu luas cara dan medannya,
dengan perbuatan, kata-kata, lisan atau tulisan, bahkan dengan gambar, video
dan media juga,” lontar pendapat yang lain.
Saidina Umar berpesan, “Jangan kamu
sangka buruk terhadap kalimat orang Muslim, padahal engkau dapat membawanya
kepada makna yang lebih baik lagi.”
Jaafar bin Muhammad, “Jika sampai
kepadamu sesuatu yang engkau ingkari tentang saudaramu, maka carilah satu uzur
baginya, sampai tujuh puluh uzur. Jika tidak, katakan “Barangkali dia punya
uzur yang tidak aku ketahui.”
Kerjaya dan
Kepimpinan Wanita
“Wanita jangan berkerjaya. Wanita
jangan menjawat jawatan penting dalam kepimpinan sesuatu organisasi. Wanita
hanya perlu jaga anak dan suami, cukuplah. Dia sudah ada tiket ke syurga,”
lontar satu pendapat.
“Islam tidak menyekat secara mutlak
kepimpinan wanita. Siapa cerdik, dialah berhak memimpin, tak kira lelaki atau
perempuan. Cuma, jawatan tertinggi dalam negara diberi pada lelaki. Begitu juga
jawatan tertinggi dalam sesebuah keluarga, dipikul oleh lelaki. Wanita
merupakan separuh daripada anggota masyarakat. Sudah tentu masyarakat sangat
perlukan tenaga dan sumbangannya dalam sesuatu kerjaya, asalkan wanita itu tahu
batas dan adab,” lontar pendapat yang lain.
Nabi memberi petunjuk, “Sebaik-baik
urusan agamamu ialah yang paling mudah.” (HR. Thabrani).
Aisyah r.ha memberitahu kita, “Tidaklah
Rasulullah SAW dihadapkan kepada pilihan antara dua hal, kecuali baginda
memilih yang lebih mudah, asalkan bukan dosa.” (HR Bukhari Muslim).
Pendapat yang kedua ini bagi
penulis lebih releven dengan keperluan pergerakan dakwah kontemporari kerana
berubahnya zaman dan kondisi. Ia menuntut penyertaan wanita muslimah dalam
pelbagai lapangan yang sesuai dengan fitrahnya.
Peranannya tidak hanya terbatas dalam domestik keluarga bahkan jika dia
ada kepakaran dia boleh terjun dalam aktiviti social kemasyarakatan, ekonomi,
politik dan pemerintahan, amar makruf dan nahi mungkar. Bukan untuk menyaingi
lelaki tetapi memenuhi keperluan masyarakat.
Kesimpulan
Cantiknya Allah mengadun kehidupan
ini dengan ramuan yang pelbagai. Ada
persamaan. Ada perbezaan. Ada yang disepakati. Ada yang dibenarkan berbeza.
Siapa yang lebih berbaik sangka kepada Allah dan orang lain, dialah yang akan
lebih bahagia. Insya-Allah.