Tuesday, December 29, 2009

Aku Yang Mengelamun....

Bismillah...
Aku tak tau nk ckp ape..just nk kogsikan satu lirik yg dr tahun lps smpai skrg maseh aku lyn..hrp korg paham ape yg aku mksudkan brdasarkan lirik ni...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

*bile aku bace lirik ni aku slalu doa agr dijauhi dr fitnah wanita..Ameen~

Kata Hatiku

Bismillah....
Salamz...setelah lame tak update,kini aku dtg kembali dgn mnulis ape yg sdg bermain di fikiranku..fikiranku aku skrg tgh bingung,hati selalu resah,mengelamun memanjang(pikir pasal "seseorang")..mungkin dosa aku terhadap "seseorg" yg belum terpadam..aku tak mengerti mengapa aku jd begini..
Ya Allah,bantulah hambamu yg lemah ini.....
Luahan hatiku kat bawah ni dipetik dalam satu lirik kerna ia bersesuaian dgn ape yg aku rasekan skrg...


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

*****************

*Ya allah..kau kuatkanlah iman hambamu in...aku dah tak berdaya lagi untuk teruskan hidup in..allahuakbar!!!Ya Allah...

Tuesday, December 1, 2009

Ketawa Banyak2 Lagi...

salam..
setelah selian lame mmbisu...
Perkongsian kat bawah ni perlu gelak sepuas-puasnye dlu sblum mmbaca..nk tau nape..korg gelak dlu pastu silalah........


Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?



Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.[1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[2]


Kita biasa dengar,

Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.


Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.[3]


So, konklusinye ktawe atau gelak jangan shgga mnyebabkan sakit geraham (kejang) atau shgga mnyebabkan terputus urat kentut (perut) kita..nak gelak tu agak2 r. kalu org skeliling ushar (pandang) semacam je kat korg,mknenye korg gelak dah smpai tahap utk di kawal da tu....wallahu a'lam

Thursday, November 12, 2009

TOK IMAM DAN 3 BUDAK LEPAK

Bismillah...

salam sume

Kali ni aku nak ceriakan korang dengan lawak yang akan bg pengajaran kpd kita..


So,citenye........


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang
tu Budin dan sorang lagi Ciko.... Aktiviti seharian diorang ni menyebabkan tok imam
tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah makhluk2 ni..

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3
orang tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn pantasnya tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali..


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji la si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye
si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!!
He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...


p/s : jgn lupa ambil wuduk sblm solat , hormati org lebih tua & berpengalaman

Wednesday, November 11, 2009

aku naik pangkat??

bismillah..

salam sume..
hari ni tak ade pape yg menarik utk ingin diriku kongsikan.just nk citer yang pagi tadi diriku telah ditauliahkan pangkat dari jawatan lans koperal kpd koperal (cemerlang bai) dlm Kadet Remaja Sekolah...huhu. agak berbaloi jugak la setelah didenda lari 20 pusingan padang (en yunus yg suro), ditegur,dimarah n macam2 lagi la yg berlaku selama 3hari 2 malam..tp kan,bila da naik pangkat tinggi sikit,aku terasa amanah yang dipikul amat berat sikit. bak kate pengetua kami "bila dah naik pangkat,kamu semua kena jaga adab n amanah sbb beban kerja semakin berat. bukan jadi seperti budak2"..pergh, bukan senang nak pegang jwtan tinggi2.. lame2 bleh botak kepala ni agaknye.
jadi, ingin diriku berpesan kpd kwn2 sume n diriku sndiri agk kite mnjaga amanah kite tak kire la terhadap sape2..guru?ibubapa?member?jiran? semua kite kene jage.



*spm tggl 7 hari lagi tp sempat pulak aku post...

Monday, November 2, 2009

Kisah Pemuda Soleh dan niat buruknya

Bismillah

disini aku nak kongsikan satu cite yang aku terbaca. cite ni banyak iktibar,so ape2 pon...layan r sendiri..

Kisahnya bermula ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

jadi kesimpulannya kat sini, sebelum kita lakukan sesuatu kita fikirkan samada benda yg kita nak buat tu datangkn pahala atau dosa. Kalau pahala teruskan tp kalau sebaliknya aku sarankan baik lupekan jelah niat tu.
aku harap sape2 yang bace cite ni amek bende yang baik..
wallahu a'lam



*2 minggu lagi SPM...uwaa....

COUPLE ITU HARAM 2

Bismillah..

Salam...

InsyaALLAH setelah lame diam membisu, aku akan sambung pasal couple itu haram dimana aku pernah ceritakan dulu..

K, dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan aku menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.


Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, aku menyeru diri aku sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.


itu je kot aku nak kongsi sedikit ape yang pernah aku belaja.

Wallahu a'alam

p/s: tepuk dada tanya iman. berubahlah kerana Allah bukan kerana terpaksa atau ikutan orang lain..

Tuesday, October 6, 2009

DeBaRaN SeMaKiN MeMuNcAk

bismillah....
salam sume.....

trial dah habis
gerak gempur pon same gak
skrg ni kene tumpu kat Spm yg bkl di tempuh dlm mase 40+- hri lgi..
debaran mmg semakin tak boleh blah r..bile pikir2 balek cuak pon ade gak..huhu
ape yg pentg aku kne wat habes baek sbb parents aku target nk hnta aku kat mesir...oh, terharunyer...
so, dikesempatan ini ign diriku memohon 1001 kemaafan kpd:
  1. org yg pernah mndidik aku
  2. sahabat
  3. member
  4. generation 9 al-amin
  5. banat (kalau aku ade wat silap)
  6. mak cik kantin sekolah aku (selalu gak r kene kcau dek aku)
  7. kpd sume yg mengenali diriku
sbb aku perlu ketenangan n keberkatan swktu mnuntut ilmu n time mnjawab exam nnti..juga doakn kami (yg bakal mnduduki SPM) spya brjaya..


wallahu a'alam

(to be continued after SPM....)

Friday, September 18, 2009

Keluhan Seorang Dai'e

Bismillah..


Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

di kempatan ini juga,saya Mohd. Athif bin Zainal Arifin selaku pengendali blog ni ingin mengucapkan..



SALAM EID FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN
MINAL A.IDIN WAL FA'IZIN

kepada pgunjung2 blog ini. Daripada kami sekeluarga~~~

Sunday, August 30, 2009

dah dekat dah

Bismillah....

salam sume.
TOLONG DOAKAN KAMI (GENERATION 9) UTK TRIAL SPM YG AKAN DITEMPUH 2 HARI LAGI DARI SEKARANG.
semoga berkat dari doa kalian memberi kekuatan dan ketenangan kpd kami sume setelah 8 bulan berjihad. I'Allah.
kpd mlm n mlmh di al-amin, ana nak mintak berkat ilmu dari mlm n mlmh stlah kalian curahkan kpd kami.

*argh..tensennye trial....

Tuesday, August 25, 2009

ISTIMEWA RAMADHAN

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.



Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti: Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu. 1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini. 2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. 3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa. 4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik. Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:- Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Aku MeRinDuiMu

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya
Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........
*kepada sumua. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Saturday, August 15, 2009

tulun....

kerje dakwah aku terpakse di tgguh sbb dah 3 hari demam..ni pon tgh dmam lgi.tlg doakn aku n umat islam yg lain spya di jauhkan daripada pnyakit2 berbahaye...

Thursday, August 6, 2009

COUPLE ITU HARAM!!!

Bismillah..

hari ni aku nak bincg sket pasal...couple.nak tau sbb ape?sbb aku da bengang sgt tgk org kapel.rimas,geli, mnyampah pon ade.dorang tau tak nape M'sia diberi peringatan dgn kenenya pnyakit AH1N1? ni la salah satunye. wat bende haram x abes2. Tuhan da bg byk kali perigtan sblum ni. banjir, tsunami, slsema burung, SARS n byk lagi..tp kite tak penah amek iktibar. sedarlah.kite ni datang dari setitis air yang hina. so, kat sini aku nak kaitkan tajuk aku dgn situasi kat bawah ni..

EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.


Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

episod ke-2 aku akan smbung kemudian.sbb ltih r nak taip.tajuk ni mungkin ade 3 episod sbb nk bagi paham btol2 nape kapel ni haram.so..same2 lah nantikan.mgkin mggu dpn kot.tgkla camne.

Tuesday, August 4, 2009

Solat Dhuha Dan Kelebihannya

Bismillah........
Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit ape yang aku belaja. Mungkin bende yg sikit ni bagi impak yg besar dlm diri kite. Solat Dhuha... ramai yg tak tau ape solat dhuha. So, aku nak citer pasal bende ni. Solat sunat Dhuha ni dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ni dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha



Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)..

ha..jgn main giler. nampak simple je solat dhuha ni kan. so, macam yg aku ckp td. solat dhuha ni boleh bg impak yg besar dalam diri. dengan ini.aku mengajak saudara2ku untuk mendirikannya. 2 rakaat je. kte borak ngan membe kte smpai berjam-jam. takkan 2 rakaat tak leh.AYUH SAMA@ KITE LAKUKAN DENGAN KERELAAN HATI.

Sunday, August 2, 2009

kata2 Khulafa' Ar-Rasyidin

Syd. Abu Bakar rha. Berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
1· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, laludibelanjakan bukan pada tempatnya.
2· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akandipergunakan untuk kejahatan pula.
4· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secaraberfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata : · Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
1· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
2· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
3· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1· Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
2· Matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
3· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
4· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
1· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
5· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7 · Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

sama2 kita renungkan sejenak.wallahu a'alam

Friday, July 10, 2009

hukuman diskaun

hukuman pon ade diskaun ek. camne tu? so,aku nak kongsi siket pasal satu citer ni utk criakan hari korang sume.layan r...


Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

p/s:jangan lakukan aksi ini.mungkin lagi teruk korg kene.so,klau tak nak kene hukuman.jgnlah melakukan keslahan walaupn sekecil kuman.orait??jadi, bak kate nabil "kite pikir la sendiri

Wednesday, June 24, 2009

Kenangan....kenangan

hari ni mmg aku hepi giler. nak tau sbb ape.sbb td aku bru mrasa kenangan manis yg pertama dlm taun ni iaitu mnyambut besdey aku dgn member. citer die bermula b4 balek skewl.time tu waktu b.m. lps je habis kelas b.m, aku trus cabut lari kuar kelas sbb aku dgr member2 nk wat surprise. aku pi la sembunyi kat satu tempat yg mmg tak dpt dikesan.sembunyi punyer sembunyi kantoi...haha. kena tarik masuk klas.pastu aku di jage ktat sbb tak nak bagi lari.. jage punyer jage loceng balek pon bunyi.sume member2 yang terlibat da stanby. tp walaupn d jage ktat aku terlpas lg skali.mantap x?aku pi la smbunyi kat skewl rendah sbb pintu pgar da di kawal bebudak ni jugak.mase aku smbunyi,aku terfikir"bile aku nk mrasa knangan manis camni?"so,aku pon dgn sukerela serah diri kat member2.haha.dorang pon bwk la ke tengah pdg. fullamak,ramai giler student sbb hr ni ade kelab.da smpai tengah pdg,make jdilah sesi surprise iaitu aku di baling tepong ngan telur..sume student ushar amende yang kiteorg wat.haha.. pergh..mmg mcm momok pon ade rupe aku.dgn bju pnuh ngan telor n sluar penuh ngan tepong.mmg tak terkate la.lps tu aku pi la tandas dgn rupe aku mmg macam da tak de rupe la. spnjg prjlanan aku ke tnds,macam2 suare aku dgr."oi budak tepong"...."busuknye,amende bau telor ni!!".itulah antare suare2 yg aku dgr.so lps aku da cuci muke aku n salin baju.tibe2 tndas bau hrum smrbak dgn bauan telor.haha.aku pon wat selamber jela.sape suro baling tlor.nasib r. n last skali aku pi la maen bola ngan bebudak aku gak.huhu.aku rase knangan ni la plg manis dlm hdup aku.


So,ape nk kongsikn kat sni terutama bg yang bersekolah lg..carilah kenagan bersama member d skewl sbb mase di IPT nnti korang akn sntiasa teringt kenangan itu.

Friday, June 12, 2009

Fiesta Al_Amin!!!

salam alaikum,

pada 17/6-20/6 biro koku akan menggegarkan sekolah dgn mengadakan fiesta. antara aktiviti yg akan dijalankan ialah pameran dan jualan pada setiap kelab, persatuan & KRSM. kiteorg jugak akan adakan anugerah koku utk kelab & persatuan terbaik. nak tau lebey lanjut,nantikan bersama..

Sunday, June 7, 2009

Wajah Yang Jujur

Bismillah...
kali ni aku nak kongsi sikit ape yang pernah aku lalui.nak tauape.ha layan la..

Pernah x kite menatap wajah orang2 terdekat kite saat derang tgh tido?Kalo belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat derang sedang tido. Pada saat itu adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan hebat tapi akan jadi akan nampak biasa dan jauh berbeza jika ia sedang tido. Orang paling kejam di dunia pun jika ia tido sudah tak akan tampak wajah bengisnya.Perhatikanlah ayah kite saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerutan mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kite, anak-anaknya. Orang nila yg rela melakukan apa saja asal perut kite kenyang dan pendidikan kite lancar dan berjaya.Sekarang, Lihatlah ibu kite. Kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh kite ketika masih bayi kini bertukar kasar. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu , suami , isteri, kakak, adik, anak, sahabat, semuanya. Rasakan 'sensasi' yang timbul sesudahnya. Rasakan kuasa cinta yang mengalir perlahan-lahan di saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakan getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang dilupakan oleh kesalahan kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu boleh di nampakkan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. dan Ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkapkan segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : " betapa lelahnya aku hari ini." dan penyebab lelah itu ? Untuk siapa dia berlelah-lelahan? Tak lain adalah suami yang bekerja keras mencari nafkah dan isteri yang bekerja mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah melewatkan hari-hari suka dan duka bersama kita.

ha amacam?klau korg tak caya cbe malam karang korg tunggu parents korang tido n tatap muke diorg.pergh..terasa di kalbu.SELAMAT MENCUBA

Santai

bismillah...
setelah sekian lama, akhirnya aku menulis kmbali.huhu. kali ni aku x nak sntuh ape2 topik yg berat. aku nak ajk korang santai dgn post aku kali ni. ape lagi.layan......

kisahnya bermula dgn seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: HeartPengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.
BEING POSITIVE

Monday, May 25, 2009

eXaM da Abes

alhamdulillah syukur alhamdulillah sbb mid exam da bru abes. cukup puas hti aku hr ni.kepuasan aku ditambah lagi bila aku tersenyum menjawab last paper iaitu paper prinsip akaun.memg sng soaln td.aku pon tak tau nape mungkin sbb kberkatan dari muallimah aku n doa2 parents n kenalan kot. tp dlm kpuasan hati aku ade siket trcalar sbb perangai member2 yg kononnya pgang jwtan tinggi boleh sakitkan hati org bawah.tp relaks. buat pe bengang ngan orang yang tak paham perasaan orang.betol tak. ok2,berbalik kpd citer exam. lps da abes pekse aku smpt dgr citer2 dr membe2 aku.ade yg nak pegi shopping,ade yg jln n mcm agi r.tp bg aku bende tu x elok bg aku sbb abes mid exam x smestinya perjuangan trhenti kat situ.so, aku tekadkn kat dlm diriku utk trus brjuang.setuju x?.walaupon exam da abes aku still ade keje berat yg kne di setelkan iaitu siapkn 2 krtas keje program bulan 6. satu program bawah biro koku n satu lagi bawah biro unit penerbitan.aduyai. dua2 program aku kne jd S/U. ni sbb member aku r mintak belas kasihan. aku ckp aku x nak n suro cari org laen tp ade ke ptut die ckp org laen sampah. kan tak elok cam tu. mgkin dorang sbok.kte mne tau.so jgn wat andaian yg bkn2.jadinya lps ni aku kne tumpu kat dua program besar.huhu.doakn aku supaya dapat jlnkan amanah dgn jayanye sbb skrg aku cam da lemah sgt nak terima amanh.chow......

EXAM DA ABES!!!!!

Saturday, May 23, 2009

ExAm...

aduyai..da lme tak update blog ni.ni gara2 abg aku da tak gune broadband la ni..abes sume terbengkalai.. ni pon aku online kat cc.huh.so,kali ni aku nak cite pasal mid year exam walaupun tggl satu paper je esk iaitu kerts prinsip akaun.subjek feveret aku.bakal jd akauntan la katekan. tp sblum tu aku nak kongsi siket paper yg lps. hr first paper bm k1 n feq.tak de maslh.sume senyum jela.hari ke-2 paper bm k2 ngan sej. agk tension sket sbb lps da goreng ayat utk krangan jumpe lak ngan soaln fakta. hari-3 hgga ke-5 senyum balek sbb soaln tak brape nak sush.mungkin berkat kot ilmu yang muallim n muallimah curahkn kat aku. bile da abes hr ke-5 aku tye membe2 "wei,esk kertas pe?" lantas member ku jwb "math bai". ha!! subjek plg aku down.aduyai. mlm tu aku da peng+gelabah+tension=aku pon tak tau. so,tbe je hr esk aku tng je. tp ble dpt kertas k2.AMEK KAU.dahsyat btol soalan dye.bersepah soaln f4 kuar.aku ni da la igt2 lupe tjuk f4.time tu tbe2 setan2 dah mule ngasut kat tlinge aku.dorang suroh aku tiru jiran sblah.aku ushar jiran aku.erm,sme dengan cam aku je.lg truk kot.haha.jahatnye aku.lps aku da jwb 40% dr kertas tu,aku bntai tidor la sbb ade lgi 20++ minit agi.da abes je jwb k2 aku n da geng wat halaqoh dan bermulalah sesi caci mencaci kertas.sengal tol.aku skjp je join sbb tak nak dpt dosa byk sgt.lps tu aku gi la amek wudu' n solat zohor brjemaaah. da abes solt kte dgr tazkirah lak.muhasabah diri la katekn.da pot pet pot pet...mse jwb math k1 lak.fulamak.aku rilek je sbb kertas objektif.tak dpt jwb kte tembak.btol tak??tp alhamdulillh sbb 65% aku dpt jwb dgn bangganye tp perasaan tensen tu ttp ade sbb k2 nyer psal la.lps da hbes hari ke-6 aku pikir utk hari ke-7 iaitu kertas b.a.t k2.aku senyum je sbb aku da lme prepare.tp mak aku bising gle sbb mlm tu aku tak usik buku lgsung.mse aku jwb kertas base arab tu.takde msalah n aku blek dgn bgganye. skrg ni aku kene tumpu kat subjek last iaitu esk.prinsip akaun.so, dgn ini aku nak mntak kenalan2 doakn aku n da geng utk kertas last esk.semoga tng n di jamin lulus.
wallahu a'lam

Thursday, April 23, 2009

sendaan terhadap Ingatan ALLAH

Skrg ni byk gurauan dan jenaka yg direka drpada pelbagai tragedi..hai pe nak jdi la. da la tak reti2 nak insaf pastu terus lalai n sesat. bila Allah da turunkan bala baru nak insaf..So, pe yg aku nk cite hr ni mngenai tanda2 mngundang bala drpada Allah yg mungkin kte tak ramai yg tau antarenye:-

1- sumpah palsu
2- lari dari medan perang(berjihad)
3- saksi palsu
4- rasuah
5- cina buta(kahwin)
6- riak mempamer diri
7- mengungkit pemberian
8-mencari kesalahan orang laen
9- gambar pada baju
10- Menggangu tetangg
11- Enggan memberi kelebihan air
12- putus asa dgn ALLAH
13- meninggalkan solat jumaat
14- menjadi pak sanggup(diajak orang...sukarela tak termasuk)
15- meninggalkan solat berjemaah dalam sehari
16- mengintip rahsia dan membongkarkannya

tu je kot aku nk kongsi..tp senanye byk lagi.yg aku kongsi ni sbb byk orang terlepas pandang lagi2 yg aku boldkan tu.dgn itu,aku mengajak diriku n kengkawan yg seagame dgnku utk mngambil sdikit dr pe yg aku kongsikn.Wallahu a'lam..

Thursday, April 2, 2009

DeBaRaN



nak tau??nntikan jela..sbb aku pon tak tau amende aktiviti yg di jlnkan.mgkin same mcm taun lps,tak pon berbeza.so,same2 nntikan..tunggu

Sunday, March 15, 2009

belalang oh belalang

belalang?apsal aku citer pasal belalang..tak de faedah kan?.baek citer pasal sahabat ke,pasal keluaga ke.ni tak,belalang gak aku citer.tu la,asal binatang je kiter wat tak kesah.belalang ni ade kaitan gak dgn khidupan seorang manusia..nak tau ape kaitan die..layan r..

Andaikan aku seekor belalang yang telah lama terkurung dalam sebuah kotak.Suatu hari aku berhasil keluar dari kotak yang mengurungku tersebut.Dengan gembira aku melompat-lompat menikmati erti kebebasan.Dalam perjalananku, aku bertemu dengan seekor belalang Namun aku keheranan mengapa belalang itu bisa melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku.pelik bin ajaib.

Dengan penasaran aku menghampiri belalang itu, dan bertanya,
“Mengapa kau mampu melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeda dari usia ataupun bentuk tubuh ?”.

Belalang itu pun menjawab dengan satu rangkap pertanyaan,
“Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti bisa melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu aku ibarat si belalang yang baru tersadar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat lompatan aku tidak sejauh dan setinggi bebelalang lain yang hidup di alam bebas.Tapi.. aku sebenarnya seekor belalang ke?


Renungan :
Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar,pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang beruntun, perkataan teman atau pendapat tetangga, seolah membuat kita terkurung dalam kotak sempit yang membatasi semua kelebihan kita. Lebih sering kita mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka voniskan kepada kita tanpa pernah berfikir apakah benar kita separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.Tidakkah Anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahwa kita bisa “melompat lebih tinggi dan lebih jauh”

Tidakkah kita mahu menyingkirkan “kotak” itu?

Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita bisa mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar batas kemampuan kita?

Beruntung sebagai manusia, kita dibekali Allah kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Kerana itu teman, teruslah berusaha mencapai apapun yang kita ingin capai. Sakit memang, lelah memang, tapi bila kita sudah di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Kehidupan kita akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan sendiri. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk Anda

amacam,nak ke jd macam belalang?fikir2kanlah...

Tuesday, March 10, 2009

wanita yang solehah

post ni aku tuju khas untuk kaum yg bernama hawa..kenapa??sebab aku tengok wanita2 sekarang MACAM da tak ade harga diri(maaf kalau tersinggung)..mana perginya mujahidah2 yg akan menolong ar-rijal untuk bangunkan islam.astahgfirullah..ni sekadar untuk renungan bersama..layan la dengan hati yang penuh keinsafan..


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah SAW

Hartanya diperjuang kejala Fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan


Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah

Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

taat dengan Abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai Wanita Penghulu Syurga


Ketika aku marah

ingin aku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah


Tabah jiwaku

Setabah Ummi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan

Pengharapanya hanya pada Allah

itulah wanita Siti Hajar


Mampukah aku menjadi Wanita Solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah,harum tersebar

bagai wanginya pusara Masyitah...


harap antunna dapat ape yang ana pendamkan selame ni..mohon kemaafan sekali lagi klau2 ade terluka kat hati.

wallahu a'lam...

C.I.N.T.A

orang zaman sekarang ni tau bercinta je tp tak tau ape maksud cinta sebenar.takkan sekadar
"i lap u" n "u lap me"..eh,bosan la..langsung takde makne..kalau korang nak tau maksud sebenar ape itu cinta...layan la sendiri...


CINTA........
apakah maksud cinta yang sebenarnya???
adakah kasih sayang? rindu? atau satu kebangaan dalam hidup kerana kita dicintai oleh seseorang?
hmmmm.... kita sendiri tak dapat nak menafsirkan apakah maksud cinta yang sebenarnya....

APAKAH ERTI CINTA MANUSIA?
cinta manusia banyak penipuan....
adakah cinta itu betul betul cinta....
setakat melahirkan kata cinta itu tak membuktikan cinta yang sebenar...
banyak pasangan mengatakan cinta sehidup semati...
tapi bila pasangannya telah pergi.. adakah pasangan itu akan turut ke liang lahat bersamanya?
hmmm...... disebabkan cinta juga manusia lupa tentang hukum hakam islam...
apakah ini dikatakn cinta?

APAKAH ERTI CINTA ALLAH S.W.T?
adakah kita manusia sedang mengejar cinta ALLAH?
adakah kita rindukan pencipta kita?
adakah kita sayang akan Tuhan kita?
bibir boleh berkata ' AKU TAKUTKAN ALLAH'
tapi hati tak takut melakukan dosa...
bercinta sesama manusia dengan melanggar hukum hakam agama...

kita tak penah merasakan cinta yang sebenar.... kerana hati kita tak beri peluang untuk mencintai Tuhan kita sepenuh hati........... kenpa manusia kini makin melupakan Tuhan mereka...
kenapa mereka tak nak mencari keindhan yang ada pada islam....???? kenapa mereka sibuk mencari keindahan agama lain?

kenapa budaya barat mereka contohi dan mereka ikut cara pemakaiaan mereka??
bukan nak kutuk atau sabotaj ulam' malaysia .......
tapi????
kenapa masih mendiamkan diri... dan tak menegur...
kehidupan sekarang tak macam dulu lagi.....
tapi.... insyaALLAH... masa nyer akan tiba jua...
pada masa itu baru menyesal yang tak sudah...
kerana kebodohan diri mereka.....

da paham x??aku nak pesan kat sedara2 aku yg beragama islam..carilah cinta yg akan kekal selama-lamanya iaitu cinta ILLAHI..wallahu a'lam


*sedarlah wahai manusia... dunia ini kehidupan ini hanya sekali...
alangkah sedihnya NABI MUHAMMAD S.A.W jika baginda tahu tentang umatnya...

Saturday, March 7, 2009

ThE bLuEs

TEMPAT KEDUA JATUH KEPADA RUMAH BIRU!!...sorakan gemuruh kedengaran dalam dewan SM Sri Al-Amin Bangi...
hatiku amat puas sepuas-puasnye sampai hr ni. nak tau nape..sbb aku rase usaha aku selame ni tak sia2.wat meetimg sane sini,kene maki hamun dgn member sepasukan rumah biru,bagi anouncement,balek lwt (kdg2 smpai mlm dgn manpal n yan),tido kat skool(kdg2 sampai tak tido) n mcm2 lg bende aku wat untuk rmh biru.tp ade beberape junior ckp aku ni tak wat keje la..pandai mrh org je(mase lthan perbarisan)..WTS..tp aku tak layan sume tu..yg pntg usaha aku n member2ku selame ni ader hasilnye walaupun no.2 dgn markah 6++ tertggl 21 markah di blakang rmh merah.rapat G**er..kepuasan hatiku ditmbah lg bila aku balek dgn 3emas iaitu balapan 4x100,bola baling n bola sepak..sebelum habis sukan,team biru sempat nyanyi lagu rumah wat kali terakhir..huhu terharunye...nak tau lagu ape..layan

Hidup2 Biru(versi melayu)

kami tak pernah tuk memikirkan lelah
kerna kami punya Allah yang Esa
Kami sang perkasa, dewasa
Biarkan kamu dalam sengsara

Hidup hidup biru (gempak/maju)


pastu yg omputih nyer korang translate la sendiri...aku cam lemah omputih ni..
sblum aku blah aku nak ucapkan jutaan tq kat 1)mlm/mlmh sbb bagi bimbingan..2) manpal, imyan,asyraf, faiz f4, hussein,waseem sbb sggup tido kat skewl utk bincang n latihan HAKA.. 3)naim f5 sbb slalu bg nasihat kat aku 4)naib pengerusi, setiausaha banat, beberapa banin sbb sggup balek lwt untuk meeting mengejut..5)to all students in blues team..sekian

Friday, February 20, 2009

Susahnye....Senangnye

tajuk kali agak pelik didengar tapi hakikatnye bende ni sekarang tengah berlaku kat
manusia2 zaman sekarang..layan...


**Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.

Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

**Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je.

Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.

Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...

Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...

Silap² silap kena tangkap basah.

Ha... Boleh masuk paper free.

Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...***


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.

Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.

Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala,
siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu.

Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.

Laaagi best!!!***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.

Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk.

Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka.

Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.

Timah Janda lak kena umpat...***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.

Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.

Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...

Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.

Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.

Beban keje pun kurang terasa...***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.

Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai,
dunia tak gak dapat².***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.

Takyah nak sibuk² tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, l
angsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru,

kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.

Mane lagih best?***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".

Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...

Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,

manusia pun lebih-lebih lagi.

Kalau tipu duit lagi parah.

Hidup sentiasa dalam ketakutan.

Silap² kantoi, kena ganti.

Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,
malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.

Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni,
tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.

Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.

Bahagia je...***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak lawan hukum Allah bukan senang.

Nak study tu, study nih.

Carik peguam tuh, carik peguam nih.

Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.

Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.(Hadari kot)

Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke?

Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat,
bukan duit sendiri. Hehe...

Dahla hidup kena laknat,
siap booking name sendiri kat Malek.

Dunia akhirat tak tenteram!!***


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

***Senangnya Nak Buat Pahala...

Cukup senang kalau pakai hukum Allah.

Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.

takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.

Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.

Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru.

Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.

Selain tuh, hidup pun diberkati.

Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.

Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.

InsyaAllah...***

Same2 kite renung-renungkanlah...

Wallahu a'lam...