Bismillah!!
post ni dah lama buat masa tahun 20 Julai 2017. disimpan pada draft. so harini baru sempat nak buka balik blog yang dah bersarang labah2..
kisahnya,
tak mampu nak bercerita panjang pasal team ni. ada yang kenal sejak 2015. ada yang kenal 2016 dan ada yang mula kenal 2017.
ramai orang kata aku ni GILA. Yes, aku suka cabaran yang GILA tertutama untuk yang aku sayang.
aku mula betul-betul "bina" team ni awal 2016. first time nak hantar MSSD. waktu tu aku dibantu dengan seorang kawan. from ZERO aku mulakan. ramai yang mengadu tak yakin. aku tak patah semangat sebab aku tahu kemampuan masing-masing. sehingga hari perlawanan, aku tak expect tinggi sangat untuk melangkah jauh sebab kali pertama kot join MSSD. baru lahir kalau nak bandingkan team lain yang dah master. Alhamdulillah, mostly semua main baik. ada yang boleh fight.
tahun pertama
2017, aku "bina" lagi beberapa orang baru untuk MSSD tahun ni. sebab tahun ni pelik sikit syarat penyertaan. takpa, aku tetap yakin dengan apa aku buat. redah!! masa "game" aku suka tengok sebab banyak sangat perubahan yang ada banding dengan tahun 2016. mereka dah tak takut. kalau kalah pun mata tak jauh. bola laju pun selamber sapu.aku tetap tersenyum walau takda rezeki. bak kata seorang jurulatih daerah "ala, baru dua tahun..biasanya makan 5-6 tahun baru nak dapat rentak". aku pulang dengan semangat. terus dalam kepala menyusun strategi untuk tahun mendatang.
pada tahun sama, sekali lagi ada kejohanan peringkat kebangsaan. team aku turut serta. perancangan rapi terus dibuat. bulan puasa semua redah je untuk latihan. semangat habis! tapi kali ni cabaran lagi hebat. tentangan demi tentangan aku redah. dipendekkan cerita, pada hari perlawanan team aku "tapau" satu team yang dikira tough juga untuk lawan. gila tak tersenyum aku. strategi berjaya. tapi dalam kepala aku belum cukup lega. sebab baki perlawanan masih lagi dianggap tough. tepat jangkaan aku, memang takda rezeki sekali lagi untuk melangkah jauh. tapi apa yang aku banggakan kali ni adalah walaupun beberapa je pemain yang lama dalam team tu, diorang mampu bermain macam dah lama kenal. rilek, enjoy.
tahun kedua
aku sangat berharap team ni akan pergi jauh satu hari nanti, mungkin bukan dengan sentuhan aku lagi. tapi aku tetap bangga dengan "kelahiran" team ni.
apa-apa pun maafkan aku semua, kali ni betul-betul aku terpaksa cuci tangan. orang dah tak suka dengan apa yang kita buat walaupun benda tu benda baik dan datangkan faedah, tapi lebih baik kita berundur.
p/s: gambar tahun ketiga takda. Dah diambang "Cuci Tangan"